Followers

Sunday, 1 May 2011

Permainan Tuju Lemak

Okeh....disebabkan blog ini baru lagi....so,perlukan sedikit inisiatif bagi memajukan blog ini dengan entry-entry menarik,agar apat memberi yang terbaik untuk tatapan blogger-blogger di luar sana....entry pertama dari kami blog Tuju Lemak ni..mengenai permainan Tuju Lemak lah..Saya sebagai coach Tuju Lemak ingin memberi sedikit informasi tentang permainan ni.Mungkin ramai yang dah tahu pasal game yang kebiasaannya dimainkan oleh budak-budak kampung ini,tetapi mungkin ada lagi individu di luar sana yang belum mengetahui tamahan lagi bermain permainan ini.

Tuju Lemak ni permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak juga remaja.Ianya merupakan permainan yang tidak kurang mencabarnya.Bagi yang sudah biasa bermain permainan Tuju Tin dan Tuju Kasut,pasti juga mungkin akan tahu tentang permainan Tuju Lemak ni,kerana corak permainan yang sama cuma ada sedikit perbezaan dari segi rules sahaja.Ketiga-tiga permainan ini dimain secara berpasukan,iaitu 2 pasukan dan memerlukan pemainnya melontar bola kepada pemain kumpulan lawan untuk mengeluarkan pemain tersebut daripada permainan,Kebiasaanya bola permainan ini diperbuat daripada bahan terbuang iaitu surat khabar lama,gelung getah,beberapa biji batu kecil dan plasti bag biasa,ataupun hendak mudah boleh digunakan bola tennis jer....




Cara-cara membuat bola Tuju Lemak tradisional :


 : : Dua biji batu kecil dibalut menggunakan surat khabar sehingga tebal dan kepalkan menjadi bulat sebesar bola tennis.Tujuan meletak batu adalah untuk beratkan bola itu supaya tidak melayang dan tepat pada sasaran.Jika hendak neratkan lagi,tambahkan lagi batu didalam atau basahkan surat khabar dan mampatkan sebanyak mana surat khabar basah agar dapat berat yang dikehendaki.

: : Balut pula kepalan tadi dengan plastik bag untuk kemaskan dan ketahanan bola agar surat khabar tidak hancur apabila bola dilontar.Tambahan lagi plasti bag dapat menjadikan bola kalis air.
 : :Step terakhir ialah melilit bola tersebut menggunakan gelung getah sekeliling bola agar bola lebih mampat dan bentuk bulat lebih terbentuk.Jika mahukan bola melantun lebih kuat,lilit je gelung getah bnyak-banyak.Simple jer kan?



Berbalik kepada corak permainan,Tuju Tin dan Tuju Kasut,kita perlu membaling bola kepada Tin atau Kasut yang telah disusun terlebih dahulu hingga susunannya berkecai dan setiap individu dalam pasukan itu hanya mempunyai tiga peluang untuk memecahkan susunan kasut dan tin,jika semua ahli pasukan tidak berjaya memecahkan susunan tersebut,maka kumpulan tersebut kehilangan giliran dan diberi kepada pihak lawan pula untuk memulakan lontaran memmecahkan susunan,jika susunan berjaya dipecahkan lalu pihak lawan perlu melontar kepada kita sama ada di bahagian badan atau anggota lain untuk mengeluarkan kita daripada pasukan seorang demi seorang,tertakhluk juga kepada rules yang telah ditetapkan seperti berapa bilangan nyawa untuk setiap individe dalam pasukan.Kita juga tidak dibenarkan menyentuh sama sekali bola tersebut jika piahak lawan membuat lontaran kepada kita,dan tugas pasukan kita hanya perlu segera menyusun semula kasut-kasut atau tin-tin tersebut untuk memenangi permainan.Begitu juga dengan permainan Tuju Lemak,apa yang menjadi perbezaannya ialah rules dan alat permainan,Tuju Lemak tidak memerlukan kasut,slipar atau tin,dan hanya menggunakan bola.Pemain kedua-dua pasukan perlu melontar bola mengenai badan setiap ahli pihak lawan untuk kalahkan mereka,dan pihak lawan boleh membuat lontaran balas kepada kita...jadi rule Tuju Lemak ni tak terlalu ketat dimana kedua-dua pihak dapat membuat lontaran bila-bila masa,dan kumpulan mana yang ahlinya sudah tewas kumpulan itulah kalah.Very simple game,but interesting!


coach : Tuju Lemak is da best game in Kampung!!

2 comments:

  1. Group saya kena buat assignment based on game TUJU LEMAK ni. Thanks for sharing this benefit information. :)

    ReplyDelete
  2. group saya pun kena buat assignmt ni untuk sukan rakya,...awak yg diatas sama jugak ker??

    ReplyDelete